Khamis, 16 April 2009

Siapa Kurusy Agung Sebenarnya..!?

Peta Empayar Raja Kurusy Agung
Kurusy Agung,

Cyrus Yang Agung
Raja Parsi, Raja Anshan, Raja Media, Raja Babylon, Raja Sumer dan Akkad, Raja Empat Penjuru Dunia.

Pemerintahan
559 BC-529 BC (30 years)
Pertabalan
Anshan, Persis
Lahir
600 SM atau 576 SM
Anshan, Persis
Mangkat
Ogos?, 530 SM atau 529 SM
Along the Syr Darya
Dikebumikan
Pasargadae
Pendahulu
Cambyses I
Pengganti
Cambyses II
Pasangan
Cassadane dari Parsi
Anakanda
Cambyses IISmerdisArtystoneAtossaUnamed unknown
Kerabat diraja
Achaemenid
Ayahanda
Cambyses I dari Parsi
Bonda
Mandane dari Media atau Argoste (dari Parsi?)
Kurus Yang Agung (Parsi purba: 𐎤𐎢𐎽𐎢𐏁, IPA: /kʰuːrʰuʃ/, Kūruš > Parsi: کوروش بزرگ, Kūrošé Bozorg), (c. 600 SM atau 576 – Ogos 530 SM atau 529 SM), juga dikenali sebagai Cyrus II dari Parsi dan Cyrus Orang Tua, merupakan Shāhanshāh (Maharaja) Parsi yang pertama. Baginda merupakan pengasas Empayar Parsi di bawah empayar dinasti Achaemenid — sebuah empayar dunia pertama yang mempunyai sejarah penting dan mungkin yang paling kaya dan menggagumkan di dalam sejarah.
Di bawah pemerintahan baginda, empayar Parsi berjaya menawan banyak negara-negara bertamadun hebat yang lain yang terletak berdekatan Timur Dekat purba, ia berkembang dengan pesat, dan kemudian akhirnya menakluki kebanyakkan negara-negara di Asia Barat Daya dan Asia Tengah, bermula dari Mesir dan Hellespont di barat sehingga Sungai Indus di timur, dan mewujudkan empayar terbesar yang pernah disaksikan oleh dunia.

Tempoh pemerintahan Raja Kurus berlangsung selama 20 hingga 30 tahun. Raja Kurus menubuhkan empayar beliau dengan mula menentang dan menakluk Empayar Media, Empayar Lydia dan kemudian Empayar Neo-Babylon. Sebelum atau selepas penawanan Babylon, beliau telah mengetuai ekspedisi ke tengah Asia, yang mana mewujudkan kempen-kempen utama yang membawa "kepada penguasaan negara semua tanpa kekecualian". Kurus tidak berjaya menawan Mesir, setelah baginda mangkat dalam pertempuran dalam peperangan melawan orang Scythia di sepanjang Syr Darya pada bulan Ogos 530 SM atau 529 SM. Beliau telah digantikan oleh anak lelakinya, Cambyses II, yang telah berjaya meluaskan empayarnya dengan menakluk Mesir, Nubia, dan Cyrenaica semasa tempoh pemerintahan singkatnya.

Sebagai seorang pemimpin tentera, Raja Kurus meninggalkan warisan kekal pada seni kepimpinan dan membuat keputusan dan beliau menyifatkan kejayaan beliau sebagai "Kepelbagaian dalam nasihat, kesatuan dalam arahan." Raja Kurus menghormati budaya dan agama di tanak taklukannya.Adalah dikatakan, dalam sejarah sejagat peranan empayar Achaemenid yang ditubuhkan oleh Raja Kurus bergantung pada kejayaan model pentadbiran berpusat dan mewujudkan kerajaan yang bekerja ke arah kebaikan dan keuntungan subjeknya. Secara fakta, pentadbiran empayar melalui satraps dan prinsip-prinsip utama menubuhkan kerajaan di Pasargadae berjaya buat Raja Kurus. Selain dari negaranya sendiri, Iran, Raja Kurus juga meninggalkan warisan berterusan ke atas agama Yahudi (melalui Edik Pemulangan beliau), hak-hak kemanusiaan, politik, dan strategi ketenteraan, selain kedua-dua budaya Timur dan tamadun Barat.
Etimologi,

Perkataan Cyrus diterbitkan melalui bahasa Latin, daripada Greek Purba, daripada bahasa Parsi Purba:𐎤𐎢𐎽𐎢𐏁 (Kūrūš). Ahli-ahli sejarah purba Ctesias dan Plutarch menyatakan bahawa Cyrus telah dinamakan daripada Kuros, iaitu matahari, satu konsep yang mana ditafsirkan bermakna "seperti matahari," dengan menyatakan hubungannya dengan kata nama Parsi untuk matahari, khor, semasa menggunakan -vash sebagai satu akhiran keserupaan. Walaubagaimanapun, beberapa ahli sejarah moden, seperti Karl Hoffmann dan Rüdiger Schmitt dari Encyclopædia Iranica, telah mencadangkan penterjemahan "pemusnah musuh dalam pertandingan lisan".

Di Parsi moden, Cyrus biasanya merujuk kepada Kūrošé Kabīr dan juga Kūrošé Bozorg – satu nama terbitan Parsi untuk Cyrus Yang Agung. Di dalam Injil, beliau secara ringkasnya dikenali sebagai Koresh (bahasa Ibrani: כורש). Beliau juga seorang yang mungkin disebuat di dalam Qur'an dengan nama "Dhul-Qarnayn" yang mana menakluk tanah di timur dan barat.

Makam Raja Kurusy Di Pasargadae,Iran.
Empayar Lydia Dan Asia Kecil,

Tarikh sebenar penaklukan Lydia tidak diketahui, tetapi berlaku semasa penggulingan kerajaan Mede pada tahun 550 SM dan penaklukan Babylon pada tahun 539 SM oleh Cyrus. Menjadi satu kebiasaan di masa lalu dengan menandakan tahun 547 SM sebagai tahun penaklukan disebabkan beberapa penafsiran Babab Nabonidus, tetapi kedudukan ini pada masa sekarang tidak banyak dipegang.
Semasa berada di Sardis, Croesus telah menghantar permintaan kepada sekutunya bagi menghantar bantuan ke Lydia. Walaubagaimanapun, hampir penghujung musim sejuk, sebelum sekutu-sekutu dapat disatukan, peperangan dengan Cyrus telah merebak sehingga ke dalam wilayah jajahan Lydia dan mengepung Croesus di dalam ibu kotanya, Sardis. Tidak lama sebelum Pertempuran Thymbra terakhir di antara dua pemerintah ini, Harpagus menasihati Cyrus untuk meletakkan tentera untanya di hadapan pahlawan-pahlawannya; kuda-kuda Lydia, yang tidak biasa dengan bau unta, akan ketakutan. Strategi ini berjaya; kavalri Lydia telah ditumpaskan. Cyrus berjaya mengalahkan dan menawan Croesus. Cyrus menduduki ibu kota di Sardis, menakluki kerajaan Lydia pada tahun 546 SM.
Empayar Neo Babylon,
Menjelang tahun 540-539 SM, Raja Kurus telah menawan Elam (Susiana) dan ibu negaranya, Susa. Menjelang penghujung September, pasukan tentera Raja Kurus, di bawah pemerintahan Gubaru, gabenor Gutium, telah menyerang Opis di tebing Sungai Tigris dan berjaya mengalahkan tentera Babylon.
Pada Oktober 10, kota Sippar telah berjaya dirampas tanpa pertumpahan darah, dengan sedikit atau hampir-hampir tiada tentangan daripada penduduk. Terdapat kemungkinan Raja Kurus terlah berunding dengan para jeneral Babylon bagi mendapatkan persetujuan daripada mereka bagi mengelakkan pertumpahan darah.

Cylinder Cyrus
Agama,
Polisi keagamaan Cyrus didokumenkan dengan baik di dalam teks Babylon selain daripada sumber-sumber Yahudi. Cyrus telah memulkan polisi umum yang boleh ditafsirkan sebagai polisi yang membenarkan kebebasan beragama ke seluruh empayar luas baginda. Baginda membawa keamanan kepada penduduk Babylon dan dikatakan menjauhi tenteranya daripada kuil-kuil dan tempat-tempat beribadat serta memulih semula patung tuhan-tuhan Babylon ke tempat ibadatnya. Contoh lain polisi keagamaan baginda, sepertimana telah dibuktikan oleh silinder Cyrus (lihat di bawah), merupakan was his treatment of the Jews during their exile di Babylon selepas Nebuchadnezzar II memusnahkan Jerusalem.
Politik Dan Falsafah,
Semasa pemerintahan baginda, Cyrus mengekalkan kawalan ke atas kawasan jajahan kerajaan yang luas,Empayar Cyrus adalah berdasarkan pada tribute dan kerahan tentera daripada banyak bahagian jajahan beliau.
Penaklukan Cyrus memulakan era baru dalam pembinaan bangunan empayar di mana, superstate yang besar, yang mengandungi berbagai-bagai negara, bangsa, agama, dan bahasa, yang diperintah di bawah pentadbiran tunggal dan diketuai oleh sebuah kerajaan pusat. Sistem ini kekal untuk selama berkurun-kurun,semasa pemerintahan mereka ke atas Parsi, dan dinasti-dinasti Iran kemudiannya termasuk Parthian dan Sassanid.
Pada tahun 1992, beliau berada di kedudukan ke 87 di dalam senarai tokoh-tkoh berpengaruh di dalam sejarah, Michael H. Hart. Pada 10 Disember, 2003, semasa menerima Hadiah Keamanan Nobel, Shirin Ebadi mengingatkan Cyrus, dengan berkata:

"Saya orang Iran, berketurunan dari Cyrus Yang Agung. Maharaja ini telah mengistiharkan semasa di puncak kuasa 2,500 tahun dahulu bahawa baginda tidak dapat memerintah rakyatnya sekira mereka tidak mahu.' Baginda berjanji tidak akan memaksa seseorang menukar agama dan kepercayaan mereka dan menjamin kebebasan untuk semua. Piagam Cyrus Yang Agung harus dikaji di dalam sejarah hak-hak manusia."
Silinder Cyrus,
Silinder ini dibuat berikutan penawanan Parsi ke atas Babylon pada tahun 539 SM.Ia juga menggambarkan bagaimana Cyrus telah memperbaiki hidup penduduk Babylonia,dan memulih semula kuil-kuil dan rumah-rumah ibadat agama.
Silinder Cyrus merupakan sebuah artifak dari zaman Empayar Parsi yang mengandungi perisytiharan Cyrus Agung yang ditulis dalam tulisan pepaku Babylon (bahasa Akkadia) pada silinder tanah liat. Ketika menawan Babylon, Cyrus Agung membuat perisyhtiharan ini yang mengandungi kisah mengenai pencapaiannya, akta-akta hak kemanusiaan, serta salasilah keluarga dirajanya.

Shah Mohammad Reza Pahlavi mendakwa bahawa perisytiharan tersebut merupakan titik permulaan sejarah perjuangan hak kemanusiaan. Ini disokong oleh peristyiharan tersebut yang memberikan hak untuk mendirikan semula patung dewa yang telah diharamkan oleh raja Babylon, serta juga kebebasan beragama.

Silinder Cyrus ditemui oleh Hormuzd Rassam, seorang ahli arkeologi Assyria-British, pada tahun 1879 di asas candi Esagila, iaitu candi untuk dewa Marduk di Babylon, dan kini tersimpan di Muzium British di London.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan